PENDEKATAN ‘park the bus‘ jarang dianggap sebagai strategi yang wajar ditonjolkan dan sering dilihat sebagai taktik negatif.
Namun, ia mungkin menjadi pilihan paling tepat buat Sabah FC apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Ahad.
Bekas pemain Sabah FC, Jelius Ating percaya pendekatan permainan terbuka hanya akan memakan diri pasukan dari Borneo itu, memandangkan JDT memiliki skuad yang sangat kuat dengan kebanyakan pemain mampu mencipta ruang dan menjaringkan gol.






