PENYANYI remaja, Umairah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH37) yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, pada Jumaat.
Lebih manis kejayaan itu menyaksikan Umairah atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar muncul sebagai bintang termuda yang berjaya memenangi anugerah dalam sejarah penganjuran ABPBH.
Pencapaian Umairah sekali gus mengulangi sejarah keluarga apabila ibu saudaranya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mencipta nama sebagai bintang termuda menenangi anugerah di ABP ketika berusia 17 tahun pada tahun 1997.

Umairah menjadi penerima trofi ABPBH termuda.





