JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bakal kembali menguatkan skuad dengan kemasukan tiga pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan dibuka bermula Januari depan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Perkembangan itu disahkan sendiri oleh pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), yang turut menjelaskan bahawa beberapa pemain import sedia ada bakal dipinjamkan ke pasukan lain bagi memberi ruang kepada muka baharu.
BACA LAGI: JDT pilih jalan sukar mara ke saingan kalah mati ACL Elite
BACA LAGI: [VIDEO] Jangan risau fans JDT, 2 gergasi China pernah ‘terciduk’ di SSI
“Buat masa ini, kita memang sudah ada tiga pemain sedia datang ke JDT. Saya tak nak gantikan dengan sesiapa, saya nak tambah.
“Saya akan keluarkan satu atau dua pemain selepas itu,” titah TMJ dalam sesi soal jawab bersama penyokong yang disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
Difahamkan, daripada tiga pemain yang bakal menyertai pasukan itu, dua berasal dari Brazil, manakala seorang lagi dari Portugal, namun identiti mereka masih dirahsiakan sementara menunggu pengumuman rasmi kelab.
Langkah agresif JDT ini dilihat sebagai usaha untuk mengisi kekosongan akibat kecederaan beberapa tonggak utama termasuk Arif Aiman dan pemain import, Ager Aketxe yang terpaksa diketepikan sehingga pulih sepenuhnya.
Walaupun belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai tiga pemain baharu Harimau Selatan, Majoriti cuba menyenaraikan tiga pemain yang sesuai dipertimbangkan juara bertahan Liga Super itu.
1) Nguyen Xuan Son
Penyerang warisan Vietnam, Nguyen Xuan Son atau Brazilnya Rafaelson antara pemain di jentera hadapan yang wajar dipertimbang oleh skuad Harimau Selatan pada Januari nanti.
Tidak dinafikan masalah kecederaan menganggu sedikit prestasi Rafaelson pada musim ini, namun dia mempunyai cacatan rekod memberangsangkan apabila meledak 71 gol dan menyumbang 14 ‘assist’ dalam 100 penampilan di saingan Liga 1 Vietnam.
Rafaelson yang baru kembali pada Oktober lepas baru-baru ini mencuri tumpuan dengan meledak hatrik dalam membantu pasukannya, Nam Dinh FC menewaskan kelab Myanmar, Shan United bagi saingan Piala Shopee.
Mempunyai tanda harga lebih RM2.4 juta (€600 juta), Harimau Selatan wajar mempertimbangkan khidmat pemain dari Brazil berkenaan yang sudah terbukti di rantau Asia Tenggara sejak 2020.
Ketajamannya di dalam kotak penalti, kemampuan memainkan peranan sebagai target man, serta pengalaman luas menentang pasukan Asia Tenggara memberi kelebihan besar jika digandingkan dengan pemain kreatif seperti Oscar Arribas.
2) Marcinho
HIGHLIGHTS |JDT – Kawasaki Frontale
Marcinho’s spectacular overhead kick earns the Japanese side the win at Johor in Group I!
Match Reporthttps://t.co/YsiR55iQjJ#ACL | #JDTvKWF pic.twitter.com/L2bnAwrSph
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) September 20, 2023
Seorang lagi pemain dari Brazil yang boleh berada dalam senarai Harimau Selatan ialah Marcinho, kini sedang menyarung jersi kelab gergasi Jepun iaitu Kawasaki Frontale.
Peman yang kini berusia 30 tahun berkenaan boleh dilabel sebagai pemain variasi susulan boleh beraksi di posisi penyerang tengah, sayap mahupun sebagai tonggak tengah.
Nama Marcinho pernah menjadi buah mulut penyokong Harimau Selatan sebelum ini susulan jaringan akrobatiknya yang menjadi pemusnah kepada JDT untuk meraih mata dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim 2023.
Marcinho memiliki kepantasanuntuk memecahkan pertahanan lawan, satu ciri yang amat diperlukan dalam sistem permainan Arif Aiman, Bergson dan Corbin-Ong di bahagian serangan.
Pengalamannya di J-League, antara liga paling kompetitif di Asia, turut memberi nilai tambah dari segi disiplin, intensiti permainan untuk pasukan gergasi Liga Malaysia itu.
3) Gelson Martins
Penyerang sayap kanan Olympiacos, Gelson Martins yang bermain di posisi sayap juga boleh mengisi kehilangan Arif Aiman buat sementara waktu atau dijadikan sandaran untuk beberapa musim akan datang.
Musim ini, Martins telah membuat 15 penampilan termasuk lima aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL), selain turut meledak dua gol dalam kejohanan paling berprestij di Eropah itu.
Pemain berusia 30 tahun itu memiliki reputasi besar selepas beraksi bersama beberapa kelab ternama Eropah seperti Sporting Lisbon, Atletico Madrid dan AS Monaco, suatu pengalaman yang sangat berharga untuk mana-mana pasukan Asia, termasuk JDT.
Tidak pelik jika perpindahan pemain Eropah bertaraf tinggi seperti Martins menjadi kenyataan memandangkan Harimau Selatan juga pernah membawa masuk nama besar seperti Samu Castillejo.
Dengan pengalaman UCL dan tahap kecergasan yang konsisten, Martins bukan sahaja mampu memberi impak segera, malah membawa standard latihan serta mentaliti elit yang dapat membantu pemain muda JDT berkembang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram





