SELURUH bangunan tempat duduk utama Stadium ‘Factory Field’ di Valkeakoski, Finland musnah dalam kebakaran besar selepas sekumpulan remaja menyalakan api pada Ahad.
Stadium bersejarah itu merupakan gelanggang rasmi gergasi bola sepak Finland, FC Haka dengan sembilan gelaran liga, namun kini berdepan detik sukar selepas tersingkir daripada saingan utama negara tersebut.
Menurut pihak berkuasa, api merebak dengan pantas dan menjilat keseluruhan struktur utama dalam beberapa minit sahaja, menyebabkan kerosakan material yang sangat besar.





