BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan meluahkan rasa kurang senang apabila anak lelakinya yang sedang sakit dicium oleh pembantu rumah.
Kata Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, perbuatan itu tidak boleh diterima apatah lagi anaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Bekas suami buat kejutan melawat anak di hospital. Tetapi dia bawa sekali pembantu rumah bersamanya dan dia cium anak saya di bibir tanpa memakai pelitup muka.

Perkongsian Dr Afifah di Threads.






