PELAWAK Ilya Buang mengakui berasa terasing apabila bersama kumpulan Senario walaupun hubungan mereka tidak pernah bermasalah.
Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, 58, berkata, perasaan yang kadangkala hadir itu mungkin disebabkan dia tidak lagi aktif seperti rakan-rakan seperjuangannya ketika membuat persembahan.
“Apabila nak buat persembahan, kadang-kadang saya risau sebab saya tak ‘seligat’ macam mereka. Kadang-kadang rasa terasing bila ada persembahan yang tidak mengundang saya, tapi saya jenis tak kisah.

Pak Ya akui dia cepat sensitif.





