PELAKON Azhar Sulaiman tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu saman yang diterima pelakon Rita Rudaini daripada Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam,Selangor bersama timbalannya.
Menurut Azhar, 54, dia berharap agar Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dapat tampil memberikan penjelasan dan mencari penyelesaian terbaik demi meredakan ketegangan yang berlaku.
“Assalamualaikum kepada bos Mara yang kami sayangi. Berdasarkan tinjauan suara saya di media sosial, rata-rata ibu bapa bersependapat dengan Rita dalam hal pemilihan pelajar-pelajar ke MARA ini.

Azhar (kiri) berharap pihak MRSM dapat mencari penyelesaian terbaik.





