PENGACARA dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim memberi gambaran dia baharu sahaja menerima khabar kurang menyenangkan mengenai industri hiburan, namun mengakui tidak terkejut dengan perkara tersebut.
Menurut Sarimah, 47, selepas hampir tiga dekad bergiat dalam dunia seni, banyak perkara sudah tidak lagi mengejutkannya.
Dalam masa sama, aktres berkenaan turut meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan industri hiburan tanah air.

Hantaran yang dikongsi dipercayai sudah dipadam Sarimah.





