ISTERI kepada pelakon Adam Corrie Lee, Fazima Fuad bersyukur apabila pengurusan mendiang ibu mentuanya yang meninggal dunia pagi Sabtu dipermudahkan walaupun berlainan agama.
Menurut Fazima, mereka berbincang dengan baik bersama keluarga mentuanya mengenai pemilihan keranda serta persiapan lain sebelum upacara penghormatan terakhir dijalankan.
"Alhamdulillah selepas selesai urusan di bahagian forensik hospital, mendiang mak mentua saya dibersihkan dan dipakaikan dengan rapi.

Fazima mempunyai hubungan yang rapat dengan mendiang ibu mentuanya.






