KUMPULAN The Fabulous Cat yang dikhabarkan sedang merakamkan semula lagu Papa Jahat nyata mencuri perhatian netizen.
Mengulas mengenai perkara itu, Cat Farish, 51, berkata idea untuk menghidupkan kembali kumpulan tersebut telah dicetuskan oleh Datin Alyah yang juga bekas anggota The Fabulous Cat.
“Daripada ramai-ramai bekas ahli, idea ini datang daripada Datin Alyah dan ia macam magik. Dia terus bentangkan perancangan untuk The Fabulous Cat.

Datin Alyah muat naik rakaman The Fabulous Cat nyanyi lagu Papa Jahat.






