Hiburan

Eksklusif buat peminat Malaysia, Afgan pertama kali ‘belanja’ semua lagu Restrospektif… Tampil persembahan penuh emosi

PENYANYI Afgan menghadiahkan malam penuh istimewa kepada peminat di Malaysia apabila buat julung kalinya mempersembahkan kesemua lagu daripada album terbaharu berjudul Retrospektif dalam konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Penganjuran konsert kali ini membawa makna lebih mendalam apabila ia menjadi lokasi pertama penyanyi berkenaan memperdengarkan keseluruhan karya dalam album tersebut.

Menurut Afgan atau Afgansyah Reza, 36, Retrospektif merupakan naskhah istimewa yang menandakan kemunculan semulanya dalam album berbahasa Indonesia selepas tujuh tahun.

Afgan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu dalam album Retrospektif.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh