PELAKON Datin Seri Zizie Izette meluahkan rasa kehilangan yang terlalu berat untuk digambarkan selepas pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, awal pagi Jumaat.
Menerusi satu coretan menyentuh hati di Instastory, Zizie, 47, memohon ruang untuk melalui detik dukanya, sekali gus mengenang segala jasa dan kebaikan Allahyarham sepanjang 16 tahun mereka melayari alam perkahwinan.
"Izinkan saya berduka malam ini (Jumaat). Inilah insan yang selalu mengalah demi anak-anak, sentiasa berusaha membahagiakan mereka dan juga sesiapa sahaja di sekelilingnya.

Perkongsian Zizie di Instastory miliknya.






