SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan kebangkitan dramatik apabila bangkit untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang wakil Kemboja, PKR Svay Rieng FC dalam aksi ketiga Kumpulan B Kejohanan Piala Shopee 2025/2026 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh pada Khamis.
Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi rembatan kencang Cristian Silveira dari luar kotak penalti pada minit ke-29, sebelum pendahulu Liga Kemboja itu menambah satu lagi jaringan lapan minit kemudian.
Gol kedua hadir hasil penyudah kemas Nhean Sosidan yang menyempurnakan hantaran pendek Kwame Peprah dari sebelah kiri, sekali gus meletakkan tekanan besar ke atas pasukan bimbingan Xisco Munoz.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.









