PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) yakin pemain-pemain yang akan mewakili negara pada Sukan SEA di Thailand dari 9 hingga 20 Disember mampu mencapai sasaran tinggi empat pingat emas yang telah ditetapkan.
Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan sasaran rasmi pingat tersebut semasa majlis pelepasan kontinjen di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dengan kehadiran juara dunia semasa Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (ganda campuran), pemenang pingat perak dunia Pearly Tan-M. Thinaah (ganda wanita) dan juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam senarai atlet, Tengku Zafrul yakin Malaysia mempunyai peluang besar untuk meraih lebih banyak emas.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





