PERSAINGAN dalam Liga A1 Semi Pro semakin memuncak apabila lima pasukan yang berada dalam kelompok lapan teratas kini giat memburu tiga slot berharga untuk layak ke pentas Piala Malaysia 2025/2026 yang dijangka membuka tirai pada Januari 2026.
Selangor FC II, Johor Darul Ta’zim II dan Imigresen FC II selaku pasukan ‘feeder’ tidak layak menyertai saingan tersebut, sekali gus membuka ruang kepada lima pasukan lain untuk merebut tiket ke kejohanan berprestij itu.
Perak FA, Kedah FA, Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), UM-Damansara United dan Armed Forces FC muncul sebagai pencabar utama yang kini mengintai peluang masing-masing.





