ENGGAN namanya terus terjejas, penyanyi Sufi Rashid menggunakan khidmat peguam selepas seorang individu yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah melibatkan dirinya dan isteri, Nurulain Md Yusof.
Kata Sufi Muhammad Sufi Ahmad Rashid, 34,, meskipun perkongsian individu terbabit tidak mendedahkan nama, namun masyarakat membuat tekaan hantaran dibuat itu ditujukan kepada dia dan isteri.
“Peguam saya sudah pun menghubungi individu terbabit. Harap dia dapat bekerjasama dan selesaikan perkara ini secara baik sebab dia sendiri tahu apa yang dikatakan itu tidak betul.

Perkongsian Sufi di Threads miliknya.






