PELAKON Idzham Ismail berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika menunaikan ibadah umrah apabila berpeluang berada di Raudah hampir sejam.
Menyifatkan pengalaman itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka, Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 37, berkata, dia sepatutnya memasuki Raudah pada jam 3.40 pagi seperti yang tertera dalam aplikasi Nusuk, namun hanya terjaga lima minit sebelum waktu ditetapkan.
"Saya punya Nusuk pukul 3.40 pagi dan saya bangun 3.35 pagi. Saya terus gerak dan dalam hati saya berniat, ‘Ya Allah, kalau aku layak nak masuk dan solat betul-betul di hadapan, permudahkanlah,’" katanya.

Idzham bersyukur dengan setiap rezeki pemberian Allah buatnya.






