Hiburan

WHAM himpunkan rakan artis, semangat ‘lawan tetap lawan’ Pyanhabib terus jadi ingatan

PROGRAM Memori Suara Pyanhabib anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berlangsung penuh emosi apabila rakan selebriti, wartawan dan peminat berhimpun bagi mengenang legasi penyair tersohor itu pada Sabtu lalu.

Acara yang diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu menyaksikan kehadiran pelbagai tokoh seni dan masyarakat yang mahu meraikan sumbangan Pyanhabib terhadap dunia puisi dan kesusasteraan tanah air.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Haji Muhamad yang menegaskan malam tersebut menjadi detik istimewa buat mereka yang mengikuti perjalanan kreatif Pyanhabib, pemuisi yang hilang pendengaran namun tetap lantang ‘bersuara’ melalui karya-karyanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh