PESERTA program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Mama Rina akur apabila kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat masalah diabetes yang dialami.
Kata Rina atau Hairini Abdul Halim, 62, bahagian tapak kakinya mula membengkak sejak beberapa bulan lalu selepas dia terseliuh ketika sedang bekerja.
"Tiga bulan lalu saya terseliuh dan selepas itu keadaan jadi semakin teruk. Bahagian kaki jadi hitam, rasa sakit mencucuk-cucuk.

Keadaan kaki Rina yang bengkak (kiri) sebelum dipotong.






