PELAKON Lorenzo Irmann akur apabila muzik video (MV) Question nyanyian kumpulan Dolla yang menampilkan dirinya terpaksa diturunkan demi menghormati sensitiviti masyarakat di negara ini.
Kata Lorenzo atau Lorenzo Irmann Farhan, 21, dia berasa sedikit terkilan namun menghormati keputusan pihak berwajib yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberi teguran.
"Kita juga tak boleh nak endahkan pandangan orang lain. Hal ini pun berkait dengan agama. Malah, pihak berwajib ada memberikan komen kerana perkara ini sudah sampai ke pengetahuan mereka.







