Sukan

‘Dia tidak boleh diketepikan’, Chong Wei tetap panggil Zii Jia ke kem latihan Piala Thomas  

DENGAN kem perseorangan lelaki bergelut mencari rentak, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mempunyai banyak pilihan selain mengekalkan bekas juara Asia, Lee Zii Jia dalam perancangan mereka untuk Piala Thomas tahun depan di Horsens, Denmark.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei yang mempengerusikan mesyuarat bersama pasukan kejurulatihan bagi persiapan kejohanan berpasukan itu pada Isnin, mengakui bahawa skuad perseorangan lelaki kini sedang berdepan kesukaran khususnya pemain nombor satu negara, Leong Jun Hao.

Keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu perancangan awal persatuan, yang sebelum ini menetapkan sasaran untuk memenangi Piala Thomas tahun depan dalam usaha menamatkan kemarau gelaran selama 34 tahun.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh