PENYANYI Syasya Rizal selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Syasya turut menyatakan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya itu dan memohon doa orang ramai agar bayi mereka membesar dengan sihat serta menjadi penyeri keluarga.

Syasya kongsi moment anak dan suaminya melihat cahaya mata kedua.





