PENYANYI Stacy tampil dengan lagu baharu berjudul Mega Ching! yang menjadi simbol kemunculan semula identiti muzik yang sering dirindui peminat sejak era awal kariernya.
Menurut Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 35, lagu itu juga sebagai satu bentuk untuk meluahkan perasaan yang mana kisahnya diambil daripada pengalaman ketika berada di atas pentas.
“Inspirasi utama lagu ini hadir ketika berada di atas pentas. Ia cara saya melunturkan rasa gementar dan mendisiplinkan diri ketika menyanyi sambil menari.

Stacy berani tampil berbeza.






