SELEPAS mencetuskan kebimbangan apabila hampir pitam usai konsert GenKRU The Finale: One More Time, komposer dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim memaklumkan dia kini sedang berehat untuk memulihkan tenaga.
Edry, 48, berkata sebaik sahaja tamat persembahan, dia mengambil masa sepenuhnya untuk tidur dan memulihkan keadaan tubuhnya.
"Sejak kebelakangan ini saya tidur siang dan malam. Saya cuba dapatkan rehat yang betul kerana mungkin sebab terlalu letih," katanya kepada mStar.

Edry berikan persembahan bertenaga pada malam berkenaan.






