KEMUNCAK sambutan ulang tahun mStar ke-20 dan Suria FM ke-18 yang bakal berlangsung di taman tema Sunway Lagoon pada Ahad ini akan dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti popular sebagai tanda sokongan kepada dua produk hiburan popular itu.
Antara penyanyi yang bakal menghiburkan peminat pada acara itu ialah Nabila Razali, Bella Astillah, Wany Hasrita, Ara Johari, Sharul Kamal dan Aiman Tino.
Selain itu, Nadia Brian, Rezza Shah, Badron Munirah, Marc Syahmie, Najmi Niery, Muaz Zabir dan Qireen Din akan hadir bagi menghangatkan lagi suasana.

Najmi (kiri) dan Rezza antara selebriti yang bakal turun padang pada acara ini.






