Sukan

Biarlah ramai pilihan sekali pun, tewasnya JDT di Australia ceritakan Arif Aiman tiada galang ganti

RENTAK cuba diperolehi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite musim ini terganggu setelah mereka tewas di tangan Melbourne City FC di AAMI Park, Australia pada Selasa.

Kealpaan benteng pertahanan jelas menghukum skuad Harimau Selatan yang dibolosi seawal minit ketiga menerusi Max Caputo sebelum tuan rumah mengganda kedudukan pada minit-minit akhir permainan hasil jaringan Medin Mehmeti.

Selain itu, jentera serangan JDT juga perlu dipersalahkan atas kekalahan berkenaan, terutamanya Bergson da Silva dan Jairo da Silva yang berkali-kali mensia-siakan peluang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.