PELAKON veteran, Noor Kumalasari berkongsi keadaan sebenar dilalui aktor Allahyarham Dharma Harun Al Rashid yang dipercayai melalui episod kemurungan kira-kira sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Noor, 69, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh keluarga arwah yang menyedari perubahan ketara pada Dharma, termasuk menjadi semakin pendiam serta memilih untuk menjauhkan diri.
"Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh ahli keluarganya yang arwah mengalami kemurungan sejak sebulan lalu. Dia jadi sangat ‘down’, sampai adik-beradik sendiri pun dia tak mahu jumpa.

Noor terkejut menerima khabar pemergian Dharma.






