PENYANYI Noh Salleh berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 21 November lalu.
Berita kelahiran anak sulung itu diumumkan Noh dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada pagi Rabu.
"Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dahsyat untuk menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Esa yang menentukan masa sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, Perfect," tulisnya.
Noh memilih waktu yang tepat untuk mengumumkan berita gembira ini.





