OGOS lepas, penyerang lokal berpengalaman iaitu Syafiq Ahmad menjadi taruhan pendatang baharu Liga Super, DPMM FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026.
Ia merupakan perpindahan menggembirakan buat Syafiq selepas berdepan musim sukar bersama Kedah Darul Aman (KDA) susulan isu kewangan yang melanda kelab berkenaan pada musim lepas.
Bukan itu sahaja, ia juga merupakan jalan penyelesaian terbaik buat Syafiq selepas tidak mendapat minit permainan yang banyak bersama kelab majikannya, Johor Darul Ta’zim (JDT).






