UMUM mengetahui bahawa kelab Portugal, SL Benfica merupakan antara pasukan terbaik di Eropah dengan pelbagai gelaran pernah dirangkul, termasuk dua Kejuaraan Eropah (kini Liga Juara-Juara UEFA).
Malah, musim ini, pasukan itu turut memiliki reputasi tersendiri kerana dikendalikan pengurus berpengaruh, Jose Mourinho yang memilih untuk kembali ke negara asalnya.
Kehadiran pengendali yang dikenali sebagai ‘The Special One’ itu meletakkan SL Benfica sebagai pasukan pilihan untuk membawa pulang kejuaraan, termasuk di pentas Eropah.







