PENYANYI rap dan komposer legenda, Malique yang sudah lama tidak muncul di khalayak membuat kejutan apabila memuat naik beberapa foto suasana konsert GenKRU The Finale: One More Time di akaun Instagram miliknya.
Ini sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada figura terkenal itu benar-benar berada di stadium atau sekadar memberi sokongan dari jauh.
Enggan mengiyakan atau menafikan kehadiran Malique pada konsert itu, penganjur Icon Entertainment, Iman Tang, berkata penyanyi itu memang ada menyuarakan hasrat untuk hadir ke acara tersebut.

Perkongsian Malique berkenaan konsert GenKRU The Finale: One More Time menarik perhatian ramai.






