PRESTASI Penang FC ketika ini sememangnya merisaukan penyokong mereka kerana belum nampak sebarang tanda mereka akan bangkit.
Kini menduduki tangga ke-10 selepas lapan perlawanan dalam Liga Super, pertemuan menentang Sabah FC pada Ahad amat penting dalam menentukan musim mereka.
Walaupun berdepan cabaran jauh di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Penang tidak perlu risau dengan cabaran diberikan oleh Sabah.







