PELAKON dan pelawak, Joey Daud menegaskan penggunaan lawak berunsur ‘double meaning’ dalam filem terbaharunya, Klepet bukan berniat untuk menormalisasikan humor sedemikian, sebaliknya hanya menjayakan karakter yang diminta dalam skrip.
Joey atau Zulkifli Daud, 52, berkata, penggunaan bahasa sedemikian selari dengan watak yang dibawa dan sering digunakan dalam interaksi harian.
“Kami bukan mahu menormalisasikan tetapi hanya menjayakan karakter dan kehendak penulis skrip. Sebelum kita keluarkan dialog-dialog ini, kita kena bincang dulu dengan pihak produksi. Kalau okay baru kami (pelakon) buat.

Joey berharap penonton memberi fokus kepada mesej yang ingin disampaikan dalam Klepet.






