BUKAN hanya merahsiakan kehamilan daripada pengetahuan umum, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah turut tidak memberitahu anak-anak tiri tentang dirinya yang berbadan dua.
Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, pengalaman melalui keguguran sebelum ini membuatkan dia takut berkongsi berita gembira itu.
Katanya, dia tidak mahu anak-anak Shuib berasa sedih jika kejadian sama berulang untuk kandungan kali ini.

Watie tidak mahu anak-anak sedih jika dia alami keguguran.






