SUSULAN kontroversi muzik video (MV) terbaharu Dolla berjudul Question yang terpaksa diturunkan di YouTube, seorang pengguna Threads mencadangkan agar kumpulan itu melebarkan sayap ke luar negara.
Menurut individu terbabit, masyarakat di Malaysia masih belum bersedia menerima gaya fesyen dan konsep persembahan Dolla yang dianggap lebih moden dan seksi.
“Saya rasa Dolla perlu mula membina kerjaya mereka di luar negara. Rakyat Malaysia terutamanya komuniti Melayu masih belum dapat menerima gaya pemakaian, tarian atau konsep keseluruhan Dolla,” katanya.

Antara komen diterima di Threads.






