PELAWAK Tauke Jambu menjelaskan isu bayaran rendah membabitkan selebriti sentiasa menjadi topik hangat memandangkan penganjur kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih artis mengikut bajet masing-masing.
Mengakui keadaan sekarang berbeza berbanding dahulu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 49, menasihati artis supaya bersikap profesional apabila menghadapi tawaran yang kurang sesuai.

Tauke nasihat agar artis tolak cara baik jika terima tawaran kurang memberasangkan.
“Pada saya, zaman sekarang artis terlalu ramai. Jadi penganjur boleh memilih artis mengikut bajet yang ada.






