Hiburan

Tak layak jadi wakil rakyat, Azharina sekadar tegur demi masa depan Sabah… Minta basmi pendatang asing

PENYANYI Azharina tampil memberi penjelasan selepas dilabel lantang ketika mengulas isu di Sabah termasuk meminta memilih pemimpin dan parti yang diyakini mampu membawa perubahan kepada negeri itu.

Azharina berkata, pandangan yang dikongsikan hanya jawapan kepada pertanyaan wartawan mengenai perubahan yang ingin dibuat sekiranya dilantik menjadi menteri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.

"Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang wartawan, kalau jadi menteri saya nak buat apa? Siapa yang kenal pasti tahu saya agak lantang dan sebagai anak kelahiran Sabah saya beritahu nak bersihkan dan basmi kebanjiran warga asing yang terlalu ramai di Sabah.

Azharina tampil duet dengan Nana Karia menerusi lagu Biar Gambar Bicara.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh