Hiburan

Ayie Floor88 selamat timang anak kedua, balik hari kalau kerja luar kawasan… “Kena pandai susun jadual”

VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie Ilham berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Ayie atau nama penuhnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, berkata isterinya, Tasha Awie bersalin seminggu awal namun bersyukur kedua-duanya dalam keadaan baik.

“Isteri saya bersalin seminggu awal dan semunya berjalan dengan lancar. Lebih tersentuh harapan isteri nak bersalin secara normal tercapai semasa melahirkan anak kedua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ayie dan isteri pilih nama Nada Aurora untuk anak kedua.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh