PENYANYI dan pelakon Amira Othman terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas.
Pengurusnya, Que Hanafi ketika dihubungi mStar memaklumkan keadaan Amira dilaporkan stabil, namun masih mengalami gejala batuk dan selesema.
“Beberapa hari ini Amira mengalami demam, batuk dan selesema. Tapi semalam dia tiba-tiba mengadu sukar bernafas menyebabkan dia terpaksa di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Amira dilaporkan sudah stabil namun masih perlu pemantauan doktor.






