TULAR di media sosial satu rakaman yang mencuit hati memaparkan kerjasama pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika aksi final Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2025 apabila mereka dilihat mencedok air bertakung bagi memastikan sepakan penalti rakan sepasukan tidak terganggu.
Video yang dikongsikan pengguna TikTok, @vortexklfc itu pantas mencuri perhatian penyokong bola sepak tempatan.
Dalam rakaman tersebut, beberapa pemain ATM berbaju merah biru kelihatan berlari ke kawasan titik penalti sebelum bersama-sama mencedok air yang bertakung akibat padang becak dalam usaha memberi laluan lebih baik untuk Seherry Aladin menyempurnakan sepakan penting itu.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





