TIADA angin tiada ribut, pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarifah dalam waktu terdekat.
Fazziq atau nama sebenarnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 25, berkata dia dan pasangannya sudah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu.
“Saya sudah bersedia untuk melakukan sesuatu yang baik dalam erti kata lain menghalalkan. Tarikhnya pun sudah dekat lagi seminggu.

Antara foto yang dikongsikan Fazziq di Instagram miliknya.





