IMPIAN seorang remaja perempuan yang menghidap sakit jantung kronik, Nurjannatul Syifa Ismail, untuk bertemu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi akhirnya menjadi kenyataan apabila pemain itu menziarahinya di rumah pada Jumaat.
Kehadiran Arif Aiman, dikongsikan menerusi beberapa video pendek di akaun TikTok @Miabee1212 milik ibu remaja berkenaan, yang memaparkan detik pemain sayap itu meluangkan masa bersama Nurjannatul Syifa.
“Alhamdulillah, akhirnya hajat kakak nak jumpa Arif Aiman tercapai. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menziarahinya. Semoga ALLAH membalas kebaikan Arif,” kata ibunya.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





