MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk ‘memecah’ tabung untuk memastikan mereka dapat kembali semula ke saingan utama Eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan.
Kelab tersebut dikatakan bersedia memberikan pengurus, Ruben Amorim bajet perpindahan sebanyak £110 juta (RM590 juta) untuk digunakan semasa jendela perpindahan Januari kelak.
Sasarannya adalah untuk mendapatkan pemain terbaik supaya misi kembali ke UCL dapat dilaksanakan.





