PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo da Silva mula mendapat tempat dalam hati penyokong Harimau Selatan.
Namun begitu, sebelum dipuja, Jairo berdepan pelbagai kritikan pedas oleh penyokongnya sendiri yang berasakan dia tidaklah sebagus penyerang lain seperti Bergson da Silva.
Akan tetapi, Jairo mula bangkit dan menunjukkan kualitinya hingga berjaya menambat hati penyokong JDT.








