PELAKON Nad Zainal mengakui gementar untuk menimba ilmu pengarahan daripada suaminya yang juga aktor dan pengarah, Ungku Ismail Aziz kerana sifat tegas ketika berada di set penggambaran.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 35, berkata, dia juga risau tidak dapat memberikan lakonan terbaik sekiranya bekerja di bawah arahan suaminya itu kerana takut berlaku suasana tegang yang boleh menjejaskan hubungan mereka.
Disebabkan itu, Nad memilih untuk mengekalkan batas profesional dan tidak mencampuradukkan urusan kerja dengan kehidupan peribadi.

Nad tak boleh berlakon di bawah arahan suaminya.






