SUSULAN kejayaan konsert 40 Tahun Sheila Majid yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu, terdapat peminat mencadangkan agar penyanyi itu diberi gelaran Biduanita Negara.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads dikenali sebagai Reez Kamarul, dia menyifatkan Sheila sebagai penyanyi luar biasa yang masih bertenaga dan menghiburkan peminat walaupun sudah mencecah usia 60 tahun.
“Satu-satunya ulasan yang saya ingin berikan untuk konsert Sheila Majid 40 Years ialah beliau sememangnya seorang penyanyi yang luar biasa, berbakat besar dan satu-satunya Ratu Jazz Malaysia bergelar legenda.

Peminat menyifatkan Sheila layak menerima gelaran Biduanita Negara.






