HUJUNG minggu sepatutnya menjadi detik untuk keluarga berehat, menikmati ketenangan rumah, dan menenangkan minda selepas seminggu penat bekerja.
Namun, bagi penduduk Setiawangsa, Kuala Lumpur, masa yang sepatutnya indah itu kini berubah menjadi ‘neraka bunyi’ apabila konsert dan festival makanan kerap dianjurkan di kawasan rumah mereka.
Isu tersebut tular selepas perkongsian pengguna Threads, @nadia.aljunid, pada Ahad, yang meluahkan rasa kecewa terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana didakwa meluluskan acara hiburan di kawasan berpenduduk tanpa mengambil kira keselesaan dan kesejahteraan komuniti setempat.





