PELBAGAI spekulasi tercetus sejak kemelut rumah tangga penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menjadi bualan hangat di media sosial.
Enggan kisah peribadi terus diperkatakan, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, rela meletakkan segala masalah yang berlaku di bahunya.
Bagi Nubhan, dia mengambil tanggungjawab penuh atas kekecohan yang berlaku di media sosial termasuk beberapa perkongsian isteri berkaitan hubungan mereka.

Nubhan minta orang ramai tidak lagi bercakap soal rumah tangganya.







