PENYANYI Indonesia, Afgan terbuka untuk berkolaborasi dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekiranya diberi peluang dan mendapat lagu yang tepat.
Afgan atau Afganshah Reza, 36, berkata sekiranya kolaborasi itu menjadi kenyataan dia akan memastikan karya yang dihasilkan mempunyai makna yang kuat.
“Buat masa ini belum ada sebarang perancangan kerjasama bersama Siti. Tapi bagi saya, lagu itu nanti harus betul-betul mempunyai makna dan ‘nyawa’ yang sesuai untuk kami berdua.

Afgan mengagumi bakat nyanyian yang dimiliki Siti.





