TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Terpatri Cinta, pelakon dan penyanyi Zara Zya membawa mesej mengenai kasih sayang yang berpaksikan keihlasan dan reda Ilahi.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata sebahagian bait lagu itu cukup dekat dengan perjalanan peribadinya sebagai seorang wanita dan insan seni.
“Ada bahagian dalam lagu ini yang memang dekat dengan pengalaman saya. Ia bukan semata kisah cinta, tapi lebih kepada perjalanan hati bagaimana cinta itu boleh jadi doa,” luahnya.

Zara serlahkan sisi lembut dan matang dalam Terpatri Cinta.






